Jenis Anai-Anai yang sering menyerang rumah
Anai-anai yang kebanyakan orang ingat hanya satu jenis itu sebenarnya ada berbagai jenis. Bagi orang yang langsung tak ada idea membezakan antara berbagai serangga, mungkin mereka tak dapat membezakan antara semut dengan anai-anai.
Apabila seseorang itu cekap sedikit, dia akan tahu perbezaan antara anai-anai dengan semut umpamanya. Mengetahui perbezaan antara anai-anai dengan semut sebenarnya sudah cukip baik untuk para pengguna yang mahu selamatkan premis atau rumah mereka daripada dirosakkan oleh makhluk perosak yang makan kayu itu.
Kadangkala seseorang yang hanya tahu membezakan antara serangga anai-anai dengan semut juga tidak mencukupi. Ini kerana maklumat yang tidak cukup itu kadang kala menyusahkan dirinya sendiri dan ada kalanya menyusahkan para pekerja yang melakukan kerja membenteras anai-anai untuknya.
Ada berbagai jenis anai-anai
Mengenali anai-anai di ikuti dengan pengetahuan terhadap jenis-jenis anai-anai yang berbeza dapat membantu seseorang untuk tidak mudah panik terhadap serangan anai-anai di premis serta di persekitarannya.
Dengan pengetahuan yang mencukupi itu juga dapat mengelakkan pembohongan oleh pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak yang tidak bertanggung jawab. Ilmu itu juga dapat mengenal pasti mana satukah pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak yang tulis dan berpengetahuan dan mana satu yang tidak.
Untuk pengetahuan pembaca, ada 3 jenis anai-anai utama yang sering kita berhadapan dengan mereka. Yang pertama adalah anai-anai kayu kering yang merosakkan perabut kita atau peralatan berasaskan kayu lain. Dan satu jenis lagi adalah anai-anai yang dipanggil anai-anai bawah tanah dan terakhirnya adalah anai-anai busut.
Anai-anai bawah tanah dan anai-anai busut
Anai-anai jenis ini berkait rapat dengan tanah. Mereka membuat sarang dengan menggunakan tanah dan sering merayap samada di celahan konkrit atau rekahan simen atau konkrit pada bangunan.
Kebiasaannya mereka akan membawa tanah yang lembab masuk ke dalam bangunan di sepanjang laluan mereka bagi membentul lorong gelap khas untuk laluan koloni mereka.
Berikut adalah jenus-jenus anai-anai yang biasa kita temui di negara kita:
- Biasanya mereka makan kayu kering. Tetapi mereka juga makan rumput kering dan tumbuhan kering yang lain.
- Ada berbagai jenis berbeza pula dari species ini dan mereka berbeza dari segi saiz sahaja. Ada yang kecil dan ada juga yang besar.
- Kebiasaannya anai-anai jenis ini jarang mendatangkan ancaman kepada kita. Mereka amat jarang menyerang premis atau struktur kayu yang ada pada rumah kita.
Jenis Anai-anai Coptotermes
- Anai-anai dari species Coptotermes ini bersarang di bawah tanah dan telah banyak melakukan kerosakan dan menyebabkan kerugian yang banyak pada penduduk Malaysia.
- Kawalan anai-anai jenis ini amat berkesan dengan menggunakan sistem pengumpanan atau penggunaan racun cecair bancuhan yang biasa di pasaran.
Jenis anai-anai Globitermes Sulphureus
- Ia agak jarang kita temui berbanding species Coptotermes di atas. Untuk mengenalinya mudah sahaja, badannya pekerja anai-anai ini berwarna kuning yang boleh dilihat dengan jelas. Apabila mereka diganggu, askarnya yang berkepala besar akan mengeluarkan sejenis getah yang berwarna kuning.
- Jenis ini biasanya menyerang pkok kelapa dan juga pokok kelapa sawit dan sekali sekala menyerang struktur kayu rumah anda.
- Untuk pengawalan yang berkesan terhadap anai-anai ini, racun serangga dari bahan Imidacloprid amat berkesan. Penggunaan sistem pengumpanan adalah tidak berapa berkesan untuk mengawal anai-anai jenis ini.
- Biasanya mereka makan kayu kering. Tetapi mereka juga makan rumput kering dan tumbuhan kering yang lain.
- Ada berbagai jenis berbeza pula dari species ini dan mereka berbeza dari segi saiz sahaja. Ada yang kecil dan ada juga yang besar.
- Kebiasaannya anai-anai jenis ini jarang mendatangkan ancaman kepada kita. Mereka amat jarang menyerang premis atau struktur kayu yang ada pada rumah kita.
Jenis anai-anai Odontotermes
- Askar-askar dari jenis species ini tidak mengeluarkan getah jika diganggu. Biasanya kepala askar yang besar dari jenis ini berwarna perang.
Jenis anai-anai Schedorhinotermes
- Anai-anai ini amat pemalu dan mudah beredar ke kawasan lain apabila mereka diganggu. Aktiviti mereka biasanya licik dan jarang meninggalkan banyak kesan tanah. Oleh itu rawatan dan kawalan mereka agak sukar kerana bila diganggu mereka akan pindah untuk menyerang kawasan kayu di tempat lain pula.
- Anai-anai ini amat suka pada kawasan yang lembab. Oleh itu jika kawasan rumah anda seperti di sekitar perkampungan adalah lembab, kemungkinan mandapat masalah daripada anai-anai ini adalah besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan