Apa itu kelkatu
Hakikatnya kelkatu adalah permulaan kepada koloni anai-anai. Kelkatu merupakan salah satu kasta anai-anai yang dikenali sebagai alate. Kasta ini bertanggungjawab dalam pembiakan anai-anai. Kelkatu betina bakal menjadi ratu begitu juga dengan kelkatu jantan bakal menjadi raja.“ hakikatnya kelkatu adalah alate anai-anai”
Ketika proses mencari pasangan dan kemudian mencari lokasi yang sesuai untuk membiak, kelkatu akan menanggalkan sayapnya. Justeru sejurus selepas kelkatu terbang mengerumuni lampu (atau sumber cahaya lain), banyak sayap kelkatu yang tinggal di lantai.
Harus di awasi, apabila banyak kelkatu yang keluar, itu tandanya beberapa koloni baru anai-anai akan muncul dan bakal menjadi ancaman kepada harta benda untuk jangka masa beberapa tahun akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan