Selasa, 7 Januari 2020

Kelkatu ohh Kelkatu

Apa itu kelkatu

Hakikatnya kelkatu adalah permulaan kepada koloni anai-anai. Kelkatu merupakan salah satu kasta anai-anai yang dikenali sebagai alate. Kasta ini bertanggungjawab dalam pembiakan anai-anai. Kelkatu betina bakal menjadi ratu begitu juga dengan kelkatu jantan bakal menjadi raja.

            “ hakikatnya kelkatu adalah alate anai-anai”

            Ketika proses mencari pasangan dan kemudian mencari lokasi yang sesuai untuk membiak, kelkatu akan menanggalkan sayapnya. Justeru sejurus selepas kelkatu terbang mengerumuni lampu (atau sumber cahaya lain), banyak sayap kelkatu yang tinggal di lantai.
            Harus di awasi, apabila banyak kelkatu yang keluar, itu tandanya beberapa koloni baru anai-anai akan muncul dan bakal menjadi ancaman kepada harta benda untuk jangka masa beberapa tahun akan datang.


Ahad, 5 Januari 2020

Mengenali anai-anai

Jom kita kenai anai anai...
Koloni anai-anai terdiri daripada 3 kasta asas iaitu pekerja, askar dan pembiak.
Telur:
Telur akan menetas menjadi larva yang belum matang dan ia masih tidak mampu untuk makan sendiri. Secara genetiknya, larva berkemampuan untuk membentuk menjadi mana-mana kasta. Masa dan cara pemakanan anai-anai yang menentukan laluan pembentukkannya untuk menjadi kasta yang bersesuaian.
Pekerja:
Anai- anai Pekerja terdiri daripada sebahagian besar daripada populasi. Dalam peringkat anai-anai rendah, terdapat pseudergate palsu yang mengekalkan potensinya untuk menjadi kelkatu. Pekerja akan menyuap makan kepada nimfa, askar dan anai-anai pembiak. Mereka juga menggali terowong, mencari makanan dan minuman, serta membina dan membaiki sarangnya. Bagi sesetengah spesis, mereka juga perlu membersihkan kulat.
Askar:
Askar terbentuk daripada nimfa, pseudergate dan pekerja. Metamorposis berlaku melalui proses molting. Peringkat peralihan dipanggil pra-askar. Askar mempunyai bahagian mulut yang istimewa bagi tujuan pertahanan untuk menentang pelbagai pemangsa seperti semut dan lipan.
Pembiak:
Pembiak terbentuk daripada kelkatu ataupun neotenic. Kelkatu adalah anai-anai bersayap dan hanya dihasilkan pada musim-musim tertentu. Kelkatu akan membentuk sayap dan mata kompaun untuk terbang keluar. Setelah terbang keluar, kelkatu akan melepaskan sayapnya dan dikenali sebagai kelkatu tidak bersayap. Kelkatu tidak bersayap akan membentuk seiring dengan pasangannya bagi tujuan mengawan dan seterusnya akan membentuk satu keluarga. Pasangan itu akan menjadi permaisuri dan raja bagi koloni yang baru.
Pembiak utama:
Saiz betina mahupun permaisuri berbeza mengikut spesis. Kebiasaan, saiznya ialah 10cm dan mampu menghasilkan beribu-ribu telur sehari. Permaisuri tidak boleh bergerak dan bergantung sepenuhnya terhadap pekerja. Die dibersihkan dan diberi makan oleh pekerja. Dia juga ditemani oleh pasangannya yang kecil iaitu raja. Satu koloni kebiasaanya mempunyai satu permaisuri dan satu raja tetapi kadangkala sesetengah spesis juga berisiko mempunyai beberapa pembiak.

Rabu, 1 Januari 2020

Assalamualaikum w.b.t ...
Kadangkala kita tak perasan pun yang dok ada dalam rumah kita tu anai-anai....habis keliling rumah, luaq dalam...atas bawah, sampai ke bumbung depa buat highway....Tapi kita buat taktau ja bila nampak laluan anai-anai yang baru dia buat ni. Bila dia dah mai serang satu rumah baru kita nak ambik tindak..tapi sayang habis kayu alang bumbung, almari baju, kabinet dapur anai-anai buat keja ada yang sampai runtuh habis kabinet dapur disebabkan anai-anai ni..daripada nak berjimat sikit unuk buat servis pest control jadi lagi banyak modai yang keluar..hmmmm
Untuk pemeriksaan & consultant, tak dak cas apa...don wori, free sahaja. Kot nak buat treatment baru kita kira lain...mai rojer kami untuk maklumat lanjut atau temujanji...
http://www.wasap.my/60164606554