Ahad, 24 Disember 2023

PEPIJAT DAN KUTU

 3 Perbezaan Pepijat Dan Kutu


Adakah anda tahu, selain daripada pepijat yang menyebabkan kegatalan pada badan ketika anda tidur, terdapat juga kalangan kita yang berhadapan dengan masalah dengan kutu (Flea). Terdapat beberapa kes yang disebabkan oleh kutu, namun ada antara pelanggan yang tersilap mengatakan menghadapi masalah pepijat (Bedbug).

Serangan pepijat lazimnya adalah disebabkan oleh manusia. Seperti contoh jika anda pulang dari bercuti dan terdapat pepijat di bagasi atau barang peribadi anda maka pepijat tersebut akan mula bersarang di kediaman anda. Kutu pula menyerang apabila anda memelihara haiwan berbulu seperti kucing dan kucing tersebut terdedah kepada jangkitan kutu.

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk membezakan kutu dan pepijat. Hal ini kerana kaedah rawatan bagi kutu dan pepijat adalah berbeza.

Berikut merupakan perbezaan yang dapat dilihat dalam membezakan pepijat dan kutu.




1) Bentuk fizikal

Pepijat adalah serangga bewarna coklat kemerahan dan berbentuk bujur manakala kutu juga serangga bewarna coklat kemerahan namun berbentuk kurus. Pepijat lazimnya berukuran 4-6 mm panjang dan 1.5-3 mm lebar manakala kutu adalah sedikit kecil daripada pepijat dengan 1.5-4 mm panjang. Jika dilihat dari atas, bentuk badan pepijat adalah rata dan kelihatan seperti biji epal manakala kutu kelihatan panjang dan kurus. Oleh itu, dengan mengenali bentuk fizikal sahaja anda sudah dapat membezakan pepijat dan kutu.





2) Sumber makanan

Untuk pengetahuan anda, darah merupakan sumber makanan utama pepijat dan kutu. Pepijat hanya menjadikan darah manusia sebagai sumber makanan. Berlainan pula dengan kutu kerana ia menjadikan manusia serta haiwan seperti kucing untuk mendapatkan darah sebagai sumber makanan. Jika anda ada memelihara kucing, anda perlu memastikan kucing anda bebas dari serangga parasit seperti kutu kerana ia bukan sahaja menjadikan kucing anda sebagai sumber makanan tetapi akan menjadikan anda sebagai target sumber makanan.



3) Habitat

Seperti yang anda sedia maklum, kawasan habitat pepijat adalah di celahan katil dan tilam. Hal ini kerana pepijat akan menggigit manusia apabila tidur di atas tilam. Oleh sebab itu, kaedah rawatan haba memfokuskan di sekitar kawasan tilam untuk mematikan pepijat. Manakala habitat kutu adalah di celahan bulu-bulu haiwan peliharaan anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anda harus memastikan kebersihan bulu-bulu kucing untuk menghindarkan kutu menjadikan kucing anda sebagai tempat tinggal mereka.





Sabtu, 23 Disember 2023

Rumah Anda Diserang Anai-Anai

 Jenis Anai-Anai yang sering menyerang rumah

Anai-anai yang kebanyakan orang ingat hanya satu jenis itu sebenarnya ada berbagai jenis. Bagi orang yang langsung tak ada idea membezakan antara berbagai serangga, mungkin mereka tak dapat membezakan antara semut dengan anai-anai.

Apabila seseorang itu cekap sedikit, dia akan tahu perbezaan antara anai-anai dengan semut umpamanya. Mengetahui perbezaan antara anai-anai dengan semut sebenarnya sudah cukip baik untuk para pengguna yang mahu selamatkan premis atau rumah mereka daripada dirosakkan oleh makhluk perosak yang makan kayu itu.

Kadangkala seseorang yang hanya tahu membezakan antara serangga anai-anai dengan semut juga tidak mencukupi. Ini kerana maklumat yang tidak cukup itu kadang kala menyusahkan dirinya sendiri dan ada kalanya menyusahkan para pekerja yang melakukan kerja membenteras anai-anai untuknya.

Ada berbagai jenis anai-anai

Mengenali anai-anai di ikuti dengan pengetahuan terhadap jenis-jenis anai-anai yang berbeza dapat membantu seseorang untuk tidak mudah panik terhadap serangan anai-anai di premis serta di persekitarannya.

Dengan pengetahuan yang mencukupi itu juga dapat mengelakkan pembohongan oleh pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak yang tidak bertanggung jawab. Ilmu itu juga dapat mengenal pasti mana satukah pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak yang tulis dan berpengetahuan dan mana satu yang tidak.

Untuk pengetahuan pembaca, ada 3 jenis anai-anai utama yang sering kita berhadapan dengan mereka. Yang pertama adalah anai-anai kayu kering yang merosakkan perabut kita atau peralatan berasaskan kayu lain. Dan satu jenis lagi adalah anai-anai yang dipanggil anai-anai bawah tanah dan terakhirnya adalah anai-anai busut.

Anai-anai bawah tanah dan anai-anai busut

Anai-anai jenis ini berkait rapat dengan tanah. Mereka membuat sarang dengan menggunakan tanah dan sering merayap samada di celahan konkrit atau rekahan simen atau konkrit pada bangunan.

Kebiasaannya mereka akan membawa tanah yang lembab masuk ke dalam bangunan di sepanjang laluan mereka bagi membentul lorong gelap khas untuk laluan koloni mereka.

Berikut adalah jenus-jenus anai-anai yang biasa kita temui di negara kita:

Ini satu lagi jenis anai-anai yang membina sarang dengan membuat busut dari tanah. Busut mereka juga adakalanya boleh mencapai ketinggian 2 meter.
    • Biasanya mereka makan kayu kering. Tetapi mereka juga makan rumput kering dan tumbuhan kering yang lain.
    • Ada berbagai jenis berbeza pula dari species ini dan mereka berbeza dari segi saiz sahaja. Ada yang kecil dan ada juga yang besar.
    • Kebiasaannya anai-anai jenis ini jarang mendatangkan ancaman kepada kita. Mereka amat jarang menyerang premis atau struktur kayu yang ada pada rumah kita.





Jenis Anai-anai Coptotermes


Jika premis atau rumah anda di serang anai-anai atau jika pokok sekeliling rumah anda di serang anai-anai, berkemungkinan besar ia adalah dari species anai-anai ini.

    • Anai-anai dari species Coptotermes ini bersarang di bawah tanah dan telah banyak melakukan kerosakan dan menyebabkan kerugian yang banyak pada penduduk Malaysia.
    • Kawalan anai-anai jenis ini amat berkesan dengan menggunakan sistem pengumpanan atau penggunaan racun cecair bancuhan yang biasa di pasaran.





Jenis anai-anai Globitermes Sulphureus


Species anai-anai ini bersarang dengan membina busut yang kadangkala boleh mencapai ketinggian 1.5 meter tinggi.
    • Ia agak jarang kita temui berbanding species Coptotermes di atas. Untuk mengenalinya mudah sahaja, badannya pekerja anai-anai ini berwarna kuning yang boleh dilihat dengan jelas. Apabila mereka diganggu, askarnya yang berkepala besar akan mengeluarkan sejenis getah yang berwarna kuning.
    • Jenis ini biasanya menyerang pkok kelapa dan juga pokok kelapa sawit dan sekali sekala menyerang struktur kayu rumah anda.
    • Untuk pengawalan yang berkesan terhadap anai-anai ini, racun serangga dari bahan Imidacloprid amat berkesan. Penggunaan sistem pengumpanan adalah tidak berapa berkesan untuk mengawal anai-anai jenis ini.

Ini satu lagi jenis anai-anai yang membina sarang dengan membuat busut dari tanah. Busut mereka juga adakalanya boleh mencapai ketinggian 2 meter.
    • Biasanya mereka makan kayu kering. Tetapi mereka juga makan rumput kering dan tumbuhan kering yang lain.
    • Ada berbagai jenis berbeza pula dari species ini dan mereka berbeza dari segi saiz sahaja. Ada yang kecil dan ada juga yang besar.
    • Kebiasaannya anai-anai jenis ini jarang mendatangkan ancaman kepada kita. Mereka amat jarang menyerang premis atau struktur kayu yang ada pada rumah kita.







Jenis anai-anai Odontotermes

Jenis anai-anai ini pula bersarang di bawah tanah dan biasanya tidak membina busut. Mereka biasanya menjadikan akar pokok kayu sebagai bahan makanan. Kadang kala serangan anai-anai ini pada pokok boleh membuatkan pokok mati.
    • Askar-askar dari jenis species ini tidak mengeluarkan getah jika diganggu. Biasanya kepala askar yang besar dari jenis ini berwarna perang.







Jenis anai-anai Schedorhinotermes

Ini juga merupakan satu lagi species anai-anai yang bersarang di bawah tanah. Mereka biasanya suka membuat sarang ke kawasan tunggul kayu samada di kawasan pokok yang hidup ataupun di kawasan pokok yang dah mati.
    • Anai-anai ini amat pemalu dan mudah beredar ke kawasan lain apabila mereka diganggu. Aktiviti mereka biasanya licik dan jarang meninggalkan banyak kesan tanah. Oleh itu rawatan dan kawalan mereka agak sukar kerana bila diganggu mereka akan pindah untuk menyerang kawasan kayu di tempat lain pula.
    • Anai-anai ini amat suka pada kawasan yang lembab. Oleh itu jika kawasan rumah anda seperti di sekitar perkampungan adalah lembab, kemungkinan mandapat masalah daripada anai-anai ini adalah besar.
Demikianlah serba sedikit maklumat berkenaan anai-anai yang perlu anda tahu. Selepas ini soalan yang perlu ditanya adalah, anai-anai jenis apakah yang serang rumah anda...?

Selasa, 29 Ogos 2023

ANTARA NEGERI YANG MENCATATKAN JUMLAH GANGGUAN PEPIJAT TERTINGGI

 

Negeri paling teruk di serang pepijat

Menurut laporan dari MStar yang membuat satu dokumentasi si penghisap darah di waktu malam ini, Pepijat paling teryk menyerang negeri Selangor. Carta serangan pepijat paling teruk ada seperti di bawah:

  1. Selangor
  2. Perak
  3. Kedah
  4. Pulau Pinang
  5. Johor
  6. Terengganu

Senarai di atas merupakan negeri yang anda perlu berhati-hati ketika menyewa samada rumah atau hotel atau resort serta Chalet. Takut ada pepijat dan terbawa pulang balik ke rumah.

Masalah serangan pepijat paling ketara berlaku di asrama penginapan pekerja. Mungkin penginapan pekerja asing atau mungkin juga pekerja tempatan.

Keadaan pekerja yang tidak menetap setempat dan kerap berpindah itu memungkinkan mereka terbawa pepijat dari tempat lain.

“Jangan biarkan pepijat terus menghisap darah ketika anda tidur. Hapuskan pepijat 100% dari rumah anda dengan menggunakan Teknik Rawatan Wap Panas. Selamat dan berkesan. Hubungi Shafiq 016 4606554 untuk maklumat lanjut.”


Rabu, 22 Mac 2023

Bahayanya Bila Burung Bersarang Atas Siling Rumah



 “Ulat Jatuh Dari Atas Siling Rumah” Itu yang terjadi pada salah seorang pelanggan kami.


Mesti ramai yang pelik kan kenapa Ulat boleh jatuh dari atas siling betul tak? Pada mula pelanggan ini hubungi kami disebabkan masalah Ulat jatuh dari atas siling melalui celah celah lampu. Jadi kami andaikan mungkin ada bangkai atau najis kelawar.


Kami pun datang buat servis dan buat pemeriksaan untuk kenal pasti punca masalah ulat jatuh dari atas siling. Bila dah selesai buat servis dan pemeriksaan secara terperinci kami Berjaya kenal pasti masalah ini berpunca dari bangkai burung yang ada di atas siling.


Tuan rumah pun terkejut bila kami maklumkan yang punca masalah ulat jatuh dari siling berpunca dari bangkai burung yang ada di atas siling. Bukan setakat ulat sahaja yang ada atas siling tu, lipas pun banyak dekat siling. 


Jadikan perkongsian kami ini sebagai iktibar dan jangan biarkan Burung bersarang dekat rumah anda sebabnya ianya mampu mendatangkan lebih banyak masalah. 

 

Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut mengenai kawalan haiwan perosak ini.

Ahad, 5 Mac 2023

Mencari tanda-tanda kehadiran anai-anai di rumah anda

 



AWAS JIKA RUMAH ANDA SUDAH ADA TANDA INI!

Kehadiran anai-anai di dalam rumah kita bukan sesuatu perkara yang setiap tuan rumah inginkan. Ini kerana setiap kali masalah anai-anai ini timbul pasti tuan rumah akan menanggung kerugian. Jom kami kongsikan bagaimana nak kesan kehadiran anai-anai.

1. Perubahan warna kayu.

• Kebiasaanya struktur kayu yang diserang anai-anai ini akan mula menunjukkan perubahan pada warna kayu tersebut. Kayu yang dahulunya berwarna coklat gelap kini mula menjadi coklat cair. Kehadiraan anai-anai boleh dilihat pada bingkai pintu, tingkap dan kabinet.

 

2. Laluan anai-anai

• Jika terdapat laluan yang panjang dan diperbuat dari tanah atau pasir, itu merupakan laluan anai. Kalau terjumpa laluan jangan musnahkan laluan itu kerana ianya akan menyebabkan anai-anai membina laluan yang baru di Kawasan lain.


3. Kehadiran Kelkatu

• Seperti sedia maklum yang kelkatu ini merupakan permulaan untuk anai-anai mengembangkan koloni. Jadi sekiranya terdapat kelkatu yang bertembangan di Kawasan rumah anda, kemungkinan terdapat koloni anai-anai yang baru di situ.

Kalau rumah korang dah miliki tanda tanda ini, langkah yang terbaik hubungi Pest control langkah rawatan masalah anai-anai sebelum masalah anai-anai ini bertambah teruk. Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut mengenai kawalan serangga perosak.

Isnin, 20 Februari 2023

Masalah gatal-gatal dengan pepijat

 



PEPIJAT SANG PENGHISAP DARAH


Pepijat ni kebiasaanya berada di rumah, hotel, asrama, sekolah dan tempat perlindungan. Dengan erti kata lain di mana ada manusia di situ ada pepijat. Terdapat dua spesies pepijat utama yang biasa menginfestasi manusia iaitu Cimex hemipterus dan Cimex lectularius. Hanya pepijat Cimex hemipterus yang biasa di jumpai di Malaysia kerana factor iklim yang sesuai dengan pepijat ini.Pepijat bersifat nokturnal iaitu aktif menggigit dan menghisap darah manusia ketika tidur pada waktu malam. Kedua-dua pepijat jantan dan betina adalah penghisap darah tegar.


Mereka menghisap darah dengan menusuk permukaan kulit menggunakan paruh. Pepijat ini ada kebolehan di mana dia mampu menghisap darah tanpa rasa sakit. Pepijat ini mempunyai air liur mempunyai kesan pelali yang membuatkan kita tak sedar masa darah kita di hisap kesan gigitan hanya disedari beberapa jam selepas gigitan. Kebiasaannya, pepijat memerlukan masa antara 3 hingga 12 minit setiap kali menghisap darah. Bagi individu yang sensitif, gigitan pepijat mampu mengakibatkan kegatalan dan alahan yang teruk. Gangguan pepijat secara berterusan akan menjejaskan kualiti hidup dengan mengakibatkan ketidakselesaan dan gangguan tidur yang serius.


Beringat Sebelum Terlambat

 


𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗜𝗟𝗔𝗣 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗡𝗜 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗔𝗜𝟮.


Bila kita dapat kesan masalah anai2 dekat rumah kita pertama sekali jangan hancurkan laluan anai2 atau sembur dengan aerosol.


𝗜𝗻𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.

Kalau anai2 mula menyerang bahagian dalam rumah, kabinet atau rangka tingkap atau pintu itu maknanya 𝟵𝟳% anai2 tu datangnya dari jenis 𝗖𝗼𝗽𝘁𝗼𝘁𝗲𝗿𝗺𝗲𝘀 species.


Anai2 jenis ni adalah paling otai dalam segala keluarga anai2. 𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝟭𝟱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵.


Dia bukan jenis yg berbusut atas tanah tu. Ratu pembiak dia pulak boleh mencapai 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗵𝗮𝘆𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟬 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻.


Jadi bila kita nampak di permukaan anai2 ni kemudian kita sembur dengan aerosol mcm ridsect atau bygone ke memang dia boleh mati, tetapi yang mati tu hanya didepan mata je lah. 


Anai2 yang tak kene racun seperti dalam dinding atau kayu akan meninggalkan kawasan racun tersebut dan akan berpecah untuk membuat laluan yang baru untuk mencari makanan. Sebab itu 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗯𝗮𝗸. Sembur sini naik sana, sembur sana naik dua tiga tempat lagi, akhirnya sampai ke siling! 


Dalam nak selesaikan masalah ni ada beberapa kaedah dan cara yg berkesan dan boleh menghapuskan anai2 ni sampai lah kepada ratu pembiak dia. Salah satu solusi yang terbukti berkesan dan Garenti boleh hapuskan keleluruhan sarang mereka adalah 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗺𝗽𝗮𝗻.


Kaedah pengumpanan ni menggunakan racun khas yang dibancuh dan mampu menarik minat anai-anai untuk memakannya. 𝗔𝗻𝗮𝗶𝟮 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Makanan khas ini 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 dan akhirnya keseluruhan sarang akan dihapuskan. 


Dan begitulah kita dapat menyelesaikan masalah anai-anai tersebut.


Atasi masalah anai-anai dengan segera sebelum masalah ini bertambah teruk.


Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔📞📞


wasap.my/60164606554/masalahanai2

wasap.my/60164606554/masalahanai2