PEPIJAT SANG PENGHISAP DARAH
Pepijat ni kebiasaanya berada di rumah, hotel, asrama, sekolah dan tempat perlindungan. Dengan erti kata lain di mana ada manusia di situ ada pepijat. Terdapat dua spesies pepijat utama yang biasa menginfestasi manusia iaitu Cimex hemipterus dan Cimex lectularius. Hanya pepijat Cimex hemipterus yang biasa di jumpai di Malaysia kerana factor iklim yang sesuai dengan pepijat ini.Pepijat bersifat nokturnal iaitu aktif menggigit dan menghisap darah manusia ketika tidur pada waktu malam. Kedua-dua pepijat jantan dan betina adalah penghisap darah tegar.
Mereka menghisap darah dengan menusuk permukaan kulit menggunakan paruh. Pepijat ini ada kebolehan di mana dia mampu menghisap darah tanpa rasa sakit. Pepijat ini mempunyai air liur mempunyai kesan pelali yang membuatkan kita tak sedar masa darah kita di hisap kesan gigitan hanya disedari beberapa jam selepas gigitan. Kebiasaannya, pepijat memerlukan masa antara 3 hingga 12 minit setiap kali menghisap darah. Bagi individu yang sensitif, gigitan pepijat mampu mengakibatkan kegatalan dan alahan yang teruk. Gangguan pepijat secara berterusan akan menjejaskan kualiti hidup dengan mengakibatkan ketidakselesaan dan gangguan tidur yang serius.